Wednesday, February 25, 2026
HomeHIBURAN‘Sejarah Hitam Apa Menghantui Anda, Sampai Anda Benci Kami Sebegini?’

‘Sejarah Hitam Apa Menghantui Anda, Sampai Anda Benci Kami Sebegini?’

PETALING JAYA – Aktor Datuk Remy Ishak menyelar tindakan pempengaruh media sosial dikenali sebagai Tareq Fit yang didakwa mempertikai sumber rezeki penggiat seni tidak halal susulan tidak menjaga batas dengan pelakon bukan mahram.

Menurut Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, dia sebelum ini tidak pernah melalui pengalaman dihina mahu pun dikecam rakan seindustri mengenai hasil kerja masing-masing.

“Sudah lebih 20 tahun saya berada dalam industri persembahan dan hiburan, tidak pernah saya melihat walau sekali pun rakan sesama aliran seni menghukum, mencaci, mengherdik dan menghina sesiapa saja yang telah datang kepada kami.

“Pernah juga yang bukan peminat datang untuk bergambar, malah kami layankan juga dengan senyuman,” katanya dalam platform Threads hari ini.

Dia juga tidak menolak kemungkinan individu berkenaan membenci industri seni susulan beberapa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini terhadap beberapa anak seni lain.

“Tapi sejarah hitam apakah yang menghantui hidup sehingga anda membenci golongan industri seni kreatif ini?

“Ada ahli keluarga anda yang kena tikam dengan kami ke? Cuba kongsi sebabnya,” ujarnya.

Remy berkata demikian bagi mengulas tindakan individu berkenaan yang menegur rakan seperjuangan, aktor, Kamal Adli dengan mempersoal sumber rezeki tidak halal kerana berlakon dan tidak menjaga aurat dengan pelakon wanita dalam Threads semalam.

“Aku nak tanya bro, berlakon dengan wanita dan tidak jaga aurat, halal ke?” soalnya.

Namun, perkara tersebut dibalas baik oleh Kamal yang memberitahu perkara tersebut lebih layak disuarakan oleh golongan agamawan.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Helikopter Selamatkan Mangsa Banjir Terhempas, 15 Terkorban

0
LIMA – Sekurang-kurangnya 15 orang maut selepas helikopter tentera dinaiki mereka terhempas semasa menjalankan misi menyelamat mangsa banjir di selatan Peru, lapor akhbar Mirror...

CATEGORIES