Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya yang juga ikon permotoran terkenal, Haqiem Stopa, berlaku curang.
Haqiem Stopa didakwa curang

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Aireena Sofia, 21, mendakwa dia telah ditinggalkan bersendirian sejak 19 September lalu ketika sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Saya dah tak tahan, dari pantang sampai sekarang saya simpan. Satu persatu Allah tunjuk. Saya kena tinggal dalam pantang 19 September sampai sekarang.
Lebih mengejutkan, Aireena turut mendakwa suaminya itu sekali lagi berlaku curang dengan seorang gadis berusi 18 tahun.
Dan hari ini (Sabtu 15 November) sekali lagi dia curangi saya. Untuk pengetahuan korang, gadis itu berumur 18 tahun.
Pendedahan tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dan bersimpati dengan nasib Aireen lebih-lebih lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.
Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, dan isteri, Aireena Sofia, 21, enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, Haqiem Stopa dan Aireena Sofia mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: Threads Aireena





