Tuesday, September 30, 2025
HomeHIBURAN'Sampai Dah Mati Laki Aku, Orang Asyik Tanya Isu Peti Ais'

‘Sampai Dah Mati Laki Aku, Orang Asyik Tanya Isu Peti Ais’

SHAH ALAM – “Rumah saya sekarang sudah ada peti ais dan kelengkapan lain”.

Itu respons selebriti yang juga peserta Talk To My Manager, Ina Naim apabila ditanya tentang isu peti ais yang tular kembali tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, dia tidak faham kenapa isu peti ais sering diperkatakan netizen.

“Sampai dah mati laki aku. Orang asyik tanya lagi isu peti ais. Sekarang rumah saya dah ada peti ais. Bukan itu sahaja mesin basuh, televisyen, sofa pun ada.

“Suami baru saya yang sediakan semua kelengkapan tersebut. Jadi saya berterima kasih kepadanya.

“Dahulu kita tolak ada sebab. Kali ini saya terima pun ada sebab. Dahulu rumah kami dekat dengan kedai. Tetapi sekarang jauh,” katanya ketika ditemui di Konsert Talk To My Manager, baru-baru ini.

Tambah Ina lagi, sewaktu dia bersama arwah Suhaimi Saad dan menetap di Kelantan beberapa tahun lalu, rumah mereka sangat dekat dengan kedai. Harga barang keperluan di sana juga sangat murah.

“Di Kelantan banyak kedai di tepi jalan. Barang jualan pula sangat murah. Sayur satu ikat baru berharga 50 sen. Sekarang mana ada. Barang-barang di sana pula segar. Makanan kami tak pernah terputus walaupun tiada peti ais,” kongsinya.

Untuk rekod Ina dan Suhaimi berkahwin pada tahun 2007. Namun pada 15 November 2023, Suhaimi meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata termasuklah Hadie yang kini menjadi peserta Talk To My Manager. Kisah mereka sekeluarga pernah tular kerana kesemua anak-anak mereka tidak dihantar ke sekolah, sebaliknya belajar di rumah.

Setahun selepas kematian suami, kehidupan mereka berumah apabila Ina kembali mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang jurutera, Mohd. Khairul Rizal.

Sumber –  KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hafidz Roshdi Kecewa Hak Penjagaan Penuh Dua Anak Diberi Kepada Bekas...

0
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini memerintahkan dua anak pelakon Hafidz Roshdi diberikan hadanah (hak penjagaan) penuh kepada bekas isterinya,...

CATEGORIES