Thursday, January 8, 2026
HomeHIBURANSambut Tahun Baharu, Didi Astillah Dapat Cincin Lamaran

Sambut Tahun Baharu, Didi Astillah Dapat Cincin Lamaran

PETALING JAYA – “Mulakan tahun baharu dengan ‘yes’ (ya).”

Demikian perkongsian penyanyi dan pelakon, Didi Astillah yang mendedahkan detik dilamar kekasihnya, Diniey Ng bertepatan sambutan ambang 2026, malam tadi.

Sekali gus, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah menerima lamaran tersebut yang disifatkan sebagai pembuka 2026 yang manis.

Begitupun, masing-masing tidak menyatakan sama ada selepas ini bakal disusuli majlis merisik secara rasmi atau pertunangan.

Terdahulu, momen bermakna itu dilakukan bertepatan ketika percikan bunga api melatari langit menandakan masuknya tahun baharu.

Menerusi video dikongsikan, Diniey dilihat melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin ketika acara konsert ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.

Lelaki berbangsa Tionghua itu kemudian bersalaman dengan ibu Didi, Siti Zarina Roslan, yang turut berada di sisi mereka.

Menjengah ruangan komen ramai mendoakan pasangan terbabit cepat naik pelamin selain mengusik mereka nanti bakal bersanding dengan kakak Didi, Bella Astillah bersama Syed Saddiq.

“Alhamdulillah, bermakna kat pelamin nanti akan ada dua pasang pengantin,” tulis netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES