Thursday, January 8, 2026
HomeHIBURANRomantic Echoes Bakal Gegar Zepp KL Februari Depan

Romantic Echoes Bakal Gegar Zepp KL Februari Depan

KUALA LUMPUR: Kumpulan indie popular dari Indonesia, Romantic Echoes bakal mengadakan persembahan solo julung kali mereka di Malaysia menerusi konsert Dentum: The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Februari 2026.

Konsert berkenaan turut menampilkan kumpulan tempatan, Midnight Fusic sebagai artis jemputan yang akan membuka tirai persembahan.

Jurucakap penganjur merangkap pengurus projek, Azreel Azhar berkata, penganjuran konsert itu dibuat susulan permintaan tinggi peminat tempatan selepas kemunculan Romantic Echoes di Nyala Fest hujung November lalu.

“Persembahan Romantic Echoes ketika Nyala Fest 2024 menerima sambutan yang amat menggalakkan.

“Ia menjadi pemangkin kepada Neptunes Presents untuk menganjurkan persembahan solo pertama mereka di Malaysia bagi memenuhi permintaan peminat tempatan,” katanya.

Menurut Azreel, pihak penganjur kini giat membuat persiapan bagi memastikan konsert berkenaan tampil dengan kelainan tersendiri termasuk elemen kejutan kepada penonton.

“Romantic Echoes dijangka menyampaikan 18 buah lagu daripada empat album mereka termasuk beberapa lagu yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini,” ujarnya.

Antara lagu popular kumpulan itu ialah Persembahan Dari Masa Lalu, Paradisa, Amarah, Gaung Asmara dan Yang Kau Hindari Terjadi.

Tambah Azreel, persembahan solo pertama Romantic Echoes di Malaysia bakal menampilkan konsep yang berbeza sebagai penghargaan kepada peminat setia mereka yang dikenali sebagai Divisi Romantis.

“Konsert ini diharap menjadi momen yang meninggalkan kenangan manis dan romantis buat peminat kerana Zepp KL merupakan lokasi yang dekat dan mesra dengan penonton tempatan,” katanya.

Sebelum ini, Romantic Echoes pernah mengadakan beberapa persembahan bersama pemuzik tempatan serta muncul dalam festival muzik seperti Nyala Fest 2024 dan Sound Circus anjuran Art of Speed.

Tiket konsert mula dijual kepada umum bermula 30 Disember ini menerusi platform Ticket Empire di www.myticketempire.com.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES