Tuesday, September 30, 2025
HomeHIBURANLerai Spekulasi, Sabronzo Kongsi Foto Hari Bahagia

Lerai Spekulasi, Sabronzo Kongsi Foto Hari Bahagia

PETALING JAYA: Enggan berita perkahwinan terus mencetuskan spekulasi, anggota kumpulan Dolla, Sabronzo tampil berkongsi foto hari bahagianya usai sah bergelar isteri kepada Dj Ryan Fieret.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 30, dilihat anggun mengenakan persalinan pengantin berwarna putih.

Bagaimanapun, penyanyi itu berkongsi khabar gembira tersebut hanya dengan memuat naik beberapa foto ketika majlis akad nikah berlangsung diiringi kapsyen menggunakan simbol cincin dan bentuk hati.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani ucapan tahniah dan doa dari rakan selebriti serta peminat.

Pada Khamis lalu, Sabronzo dan Ryan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Difahamkan, perkahwinan tersebut berlangsung dalam suasana penuh privasi melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Sekadar info, Ryan Fieret merupakan seorang DJ dan penerbit muzik elektronik yang berasal dari Belanda juga ketua kumpulan terkenal, Dash Berlin.

Sebelum ini, Sabronzo menyatakan dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan berumah tangga pada usianya sekarang.

Kata Sabronzo, dia juga menginginkan keseimbangan hidup dengan memiliki suami dan anak.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hafidz Roshdi Kecewa Hak Penjagaan Penuh Dua Anak Diberi Kepada Bekas...

0
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini memerintahkan dua anak pelakon Hafidz Roshdi diberikan hadanah (hak penjagaan) penuh kepada bekas isterinya,...

CATEGORIES