Monday, February 23, 2026
HomeHIBURANKonsert "Senandung Di Kuala Lumpur" Gegar Ibu Kota Mei Ini

Konsert “Senandung Di Kuala Lumpur” Gegar Ibu Kota Mei Ini

KUALA LUMPUR, 19 FEBRUARI 2026Peminat muzikberjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran ZS Entertainment bersama LampuNeon Entertainment, pada 10 Mei 2026 (Ahad) bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini menampilkan dua kumpulan popular dari Indonesia dengan identiti muzik tersendiri, White Shoes & The Couples Company dan NonaRia, dalam sebuah pertemuan eksklusifuntuk satu malam sahaja.

Tema Nostalgia, Keceriaan & Romantika Bandar

Dibina sebagai sebuah pengalaman muzikal sinematik, “Senandung Ria Di Kuala Lumpurmengangkat tema istimewa yang mengajak penonton mengembara ke suasanaklasik penuh emosi, warna dan keanggunan estetika.

“Tema utama konsert ini adalah nostalgia, keceriaan dan romantika bandar, yang mengangkat keindahan muzik retro, jazz-pop ringan dan elemen sinematik. Kami mahu penonton merasai pengalaman yang membawa mereka kembali ke suasana klasik yang penuh emosi dan warna,” jelas pihak penganjur.

Selain hiburan, konsert ini mengajak penonton memperlahankan tempo kehidupan moden, menghargai momen kecil dan menikmati kehangatan muzik yang dekat dengan hati.

“Kami mahu penonton merasai keindahan setiap melodi dan lirik, dan sejenak melupakan kesibukan harian dan hanyut dalam perjalanan emosi bersama muzik, tambah pihak penganjur.

Dua Dunia Muzik, Satu Bahasa Emosi

Gabungan White Shoes & The Couples Company dan NonaRia dipilih kerana keserasian identiti muzik yang jarang dipertemukan. Kedua-dua kumpulan berakar pada estetikaklasik, penceritaan lagu dan persembahan yang berjiwa.

Kedua-dua kumpulan ini berkongsi DNA muzik yang seiring, berakar pada bunyi retro, pop klasik dan naratif romantik. Gabungan ini jarang dipersembahkan dan menjadikan konsertini sesuatu yang unik dan eksklusif,” kata pihak penganjur.

White Shoes & The Couples Company terkenal dengan susunan muzik sinematik dan sofistikated, manakala NonaRia pula memikat dengan gaya ceria, feminin serta bersahaja mereka.

“Apa yang menjadikan mereka istimewa adalah keupayaan mencipta suasana persembahan yang intim dan juga dekat dengan penonton, walaupun berada di pentas yang berskala besar,” jelas penganjur.

Produksi Eksklusif Khas Untuk Kuala Lumpur

Konsert ini dianggap sebagai salah satu penampilan paling signifikan kedua-dua kumpulan di Malaysia dengan konsep produksi penuh. Elemen eksklusif termasuk susunan muzik khas hanya di Kuala Lumpur, visual berkonsepkan retro sinematik, aliran persembahan yang penuh cerita, serta kemungkinan kolaborasi spontan di atas pentas.

“Kami teruja untuk melihat reaksi penonton terhadap persembahan ini. Setiap susunan muzik, visual dan detik pentas telah dirancang untuk memberi pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. Ini lebih daripada sekadar konsert, ia adalahsatu perjalanan emosi bagi penonton,” kata pihak penganjur.

Zepp Kuala Lumpur: Pentas Intim Di Tengah Kota

Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana keseimbangannya dari segi skala dan keintiman, selain keupayaan teknikal yang menyokong konsep audio-visual konsert ini.

“Zepp Kuala Lumpur menawarkan keseimbangan sempurna antara skala besar dan keintiman. Akustik yang mantap dan fasiliti canggih memastikan pengalaman penonton benar-benar menyeluruh dari setiap sudut,” jelas pihak penganjur.

Kata-kata Dari Band & Pihak Pengnjur

White Shoes & The Couples Company berkongsi keterujaan mereka untuk kembali ke Kuala Lumpur:

“Kami sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berharap penonton dapat menikmati setiap detik Senandung Ria Di Kuala Lumpurbersama kami.

Sementara itu, NonaRia melihat konsert ini sebagai peluang untuk mencipta kenangan bersama peminat tempatan:

“Kami tidak sabar untuk berkongsi pentas dan mencipta malam penuh keceriaan bersama penonton Malaysia.”

Dalam satu kenyataan ringkas, pihak ZS Entertainment & LampuNeon Entertainment menegaskan fokus mereka terhadap pengalaman penonton:

Konsert ini dirancang dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang eksklusif, intim dan bermakna kepada semua yang hadir.”

Kategori Tempat Duduk & Harga Tiket

KonsertSenandung Ria Di Kuala Lumpurmenawarkan beberapa kategori tiket:

Standing​​– RM200
Category 2​​– RM290
Category 3​​– RM290
VIP Box (1 Pax)– RM450

Maklumat lanjut mengenai saluran penjualan akan diumumkan dalam masa terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Agong Titah Pegawai Tidak Amanah Ditukarkan, Jangan Berlengah

0
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu mana-mana pegawai dikenal pasti gagal melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti untuk ditukarkan segera. Baginda bertitah, jika...

CATEGORIES