Sunday, October 5, 2025
HomeHIBURANKereta Salah Parkir, Shuib Ambil Pendekatan Berlapang Dada

Kereta Salah Parkir, Shuib Ambil Pendekatan Berlapang Dada

KUALA LUMPUR: “Kereta itu salah parkir sahaja sebenarnya, saya tidak mahu panjangkan ceritanya.”

Demikian kata pelawak dan usahawan, Shuib menjelaskan kereta jenis Toyota CHR berwarna kuning miliknya ditunda pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini berpunca daripada kesalahan meletakkan kenderaan itu.

Menurut Shuib atau, Shahmira Muhamad, 41, dia enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut selain lega kereta tersebut dijumpai dalam keadaan baik.

“Hanya misplaced sahaja dan sekarang sudah dijumpai. Di seksyen berapa saya tak ingat, tapi ini hanya salah parkir sahaja.

“Kereta dalam keadaan baik dan sudah dapat. Mamat yang beritahu saya kereta itu ada di MBSA,” katanya ditemui sidang media program terbaharu terbitan Astro, Talk To My Manager di Royale Chulan Hotel, pada Selasa.

Pun begitu, Shuib turut meluahkan rasa terharu terhadap keprihatinan orang ramai yang mahu membantu mencari keretanya yang dikatakan ‘hilang’ sebelum ini.

“Ramai yang cakna dan mahu hendak tolong carikan kereta tersebut ketika itu sebab rakyat Malaysia memang prihatin.

“Untuk yang kecam dan beri pelbagai andaian itu macam mana lagi, hadap sahaja. Saya okay sahaja. Itu bukan kereta kesayangan, itu kereta untuk hantar anak ke sekolah,” katanya.

Sebelum ini, Shuib memaklumkan kereta berkenaan hilang di satu kawasan parkir selepas dirinya selesai berurusan di Mahkamah Shah Alam melalui sebuah perkongsian di Instagram (IG).

Dalam perkongsian tersebut, Shuib memaklumkan dia amat terkejut dan tidak pasti sekiranya kereta miliknya itu ditarik atau hilang dicuri, selain meminta bantuan orang ramai untuk mencari.

Sumber: UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Flotilla Hanya Tinggal Satu Kapal, Marinette Mara Ke Gaza

0
GAZA – Satu-satunya kapal yang masih tinggal dalam flotila bantuan antarabangsa, meneruskan pelayaran ke Gaza hari ini selepas tentera laut Israel memintas kapal-kapal lain...

CATEGORIES