Tuesday, November 18, 2025
HomeHIBURAN'Kalau Mekap Nampak Macam Mak Nyah' - Riena Diana 'Insecure' Miliki Kulit...

‘Kalau Mekap Nampak Macam Mak Nyah’ – Riena Diana ‘Insecure’ Miliki Kulit Terlalu Cerah

PETALING JAYA – Pelakon Riena Diana mengakui kerap berdepan masalah kurang yakin diri setiap kali bersolek kerana kulit terlalu cerah sehingga membuatkan wajahnya kelihatan pelik dan buruk.

Ujar Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, dia perlu mengawal teknik dan intensiti solekan agar tidak terlihat kelihatan persis mak nyah.

“Saya selalu dilabel perempuan berkulit putih, tapi sejujurnya saya ada masalah kurang yakin dengan itu.

“Bila terlalu cerah, mekap tak boleh dibuat beria sebab nanti nampak macam lelaki cuba menyerupai wanita.

“Bila tak pakai mekap pula, muka nampak pucat. Jadi saya sentiasa kena pakai solekan sederhana dan kadang-kadang memang rasa bosan,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Kampung People itu, dia cemburu dengan kecantikan wanita berkulit sawo matang yang disifatkan lebih versatil dalam apa jua jenis mekap.

“Tengok kulit tan skin bila pakai mekap, wow, campak apa pun tetap lawa. Belum masuk bab tak pakai mekap lagi.

“Tan skin ni jenis kulit nampak bersih dan berkilat. Faham tak? Memang lawa sangat,” ujarnya.

Dalam perkongsian lain, Riena mengakui sering terpukau melihat kecantikan rakan selebriti yang tidak berkulit cerah ketika bertemu depan-depan.

“Ramai selebriti yang kulit tak berapa putih, bila saya jumpa depan-depan, ya Allah, lawa betul.

“Apa pun, saya tetap bersyukur dan kecantikan itu luas, tak terikat pada satu tona saja. Kulit apa pun tetap cantik,” luahnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kejujuran Riena namun menegaskan bahawa kecantikan tidak terletak pada cerah atau gelap, sebaliknya pada keyakinan dan cara seseorang membawa diri.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

FAM Perlu Dedah ‘Dalang’ Isu Pemalsuan Dokumen – FIFA

0
PETALING JAYA – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa akhirnya mendedahkan secara terperinci alasan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh...

CATEGORIES