Wednesday, April 1, 2026
HomeHIBURAN'Kalau Ben Dah Ada Seseorang, Maknanya Betul Kami Berpisah' - Nadiyah Shahab

‘Kalau Ben Dah Ada Seseorang, Maknanya Betul Kami Berpisah’ – Nadiyah Shahab

PETALING JAYA – “Kalau nampak Ben dengan seseorang, maknanya (kami) dah (berpisah) lah.”

Demikian maklum balas pelakon dan ahli perniagaan, Nadiyah Shahab mengulas spekulasi perceraian dengan aktor Ben Ali yang heboh diperkatakan sejak tahun lalu.

Masih berteka-teki, Nadiyah atau nama sebenar Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 32, berkata hanya masa yang akan menentukan segala-galanya.

“Seiring masa berlalu, mungkin dalam beberapa tahun lagi kalian semua akan tahulah,” katanya ketika ditemui pada majlis pra pelancaran Absolute Bazasr X Festival Raya 2026.

Katanya, keutamaan sekarang adalah perniagaan yang diusahakan bersama biarpun berdepan dengan spekulasi rumah tangga.

“Syarikat kami, Absolut memang hasil usaha bersama. Kami percaya pada rezeki, sama ada kami bersama atau tidak, perniagaan tetap berjalan.

“Tambahan pula kami memang rapat dan tiada masalah untuk bekerjasama. Kalau tiada kami, tiadalah Absolut, sebab itu kena ada dua-dua,” ujarnya.

Hadir bersama Ben atau Nur Ali Nadzwan, 32, juga rakan kongsi perniagaan, Nadiyah mengakui mereka tetap akrab walau apa pun berlaku pada masa depan.

Terdahulu, spekulasi keretakan rumah tangga pasangan terbabit timbul sejak tahun lalu apabila mereka didakwa tidak lagi sebumbung, namun dinafikan aktor terbabit.

Ben dan Nadiyah bernikah di Singapura pada 10 November 2018, namun belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Jangan Sia-Siakan Hidup, Abah Mahukan Yang Terbaik Buat Marissa’

0
PETALING JAYA – Meskipun hanya berstatus bapa tiri, suami kepada penyanyi dan pelakon, Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria menasihati Marissa Dania Hakim agar tidak...

CATEGORIES