Thursday, January 8, 2026
HomeHIBURAN‘Impian Belum Tercapai, Sepasang Mata, Tangan Dan Kaki Kecil’

‘Impian Belum Tercapai, Sepasang Mata, Tangan Dan Kaki Kecil’

PETALING JAYA – Sempena menyambut Tahun Baharu, pelakon dan pengacara Janna Nick meluahkan impian yang belum tercapai selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Hasrat yang dimaksudkan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, adalah menimang cahaya mata yang diimpikan sejak sekian lama.

“Selamat Tahun Baharu. Masih ada impian besar yang belum tercapai.

“Bukanlah kekayaan, kewangan atau pencapaian kerjaya tetapi hanyalah sepasang mata, tangan dan kaki kecil untuk menemani dan melengkapi perjalanan yang indah ini,” katanya dalam hantaran Instagaram.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu turut mendoakan agar setiap individu berjaya mencapai impian masing-masing.

“Setiap dari kita pasti punya impian dan saya doakan semoga segala impian kalian juga tercapai.

“Andai kata masih belum tercapai, jangan pernah menyerah dan mengalah. Cukup sekadar menjalani kerana hidup ini adalah sebuah perjalanan yang indah.

Sebelum ini, Janna pernah menangis tanpa pengetahuan suami hanya disebabkan datang bulan.

Dia juga pernah menangis teresak-esak meminta agar orang ramai berhenti bertanyakan soal anak selain mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal.

Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi.

Sejak berkahwin Janna dan Dini tidak pernah merancang soal anak bahkan sering berharap segera dikurniakan cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES