PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mengakui jarang membuka pesanan terus di media sosial kerana sering menerima mesej keterlaluan daripada sesetengah individu.
Menurut Farahdhiya, kebanyakan mesej yang diterima sering bersifat lucah dan kurang menyenangkan sekali gus membuatkan dirinya enggan membaca setiap pesanan yang diterima.
“Saya jarang buka pesanan terus atau Direct Message (DM). Inilah contohnya, kebanyakan mesej daripada orang bodoh dan pervert (gatal),” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.
Farahdhiya bagaimanapun menegaskan mana-mana pihak yang mahu menghubunginya atas urusan kerja perlulah melalui pengurus peribadinya.
“Tolong hubungi pengurus saya berkenaan hal kerja. Jangan DM sebab saya jarang periksa,” jelasnya ringkas.
Dalam hantaran sama, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu turut berkongsi tangkap layar mesej dari seorang individu lelaki yang bernafsu melihat kakinya.
“Saya tengok tapak kaki Farahdhiya… jari kaki cantik, putih gebu.
“Saya boleh sahaja jilat tapak kaki dan hisap jari-jari kaki,” tulis mesej tersebut.
Sumber: UTUSAN