Tuesday, July 21, 2026
HomeHIBURANEllie Suriaty Meremang Bawa Watak Syirik

Ellie Suriaty Meremang Bawa Watak Syirik

KUALA LUMPUR: Membawa watak pengamal ajaran sesat dalam drama Ibu Aji membuatkan hati pelakon prolifik, Ellie Suriaty, berdebar setiap kali perlu menuturkan dialog syirik yang boleh menggugat akidah.

Bimbang andai lafaz itu memberi kesan pada pegangan iman, Ellie atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar, 55, mengakui dirinya tidak pernah lupa memanjatkan doa serta memohon keampunan setiap kali sebelum memasuki set penggambaran.

“Setiap kali masuk set, saya akan berdoa dan minta maaf kepada Allah banyak-banyak. Saya juga akan minta kelancaran kata-kata, pemikiran dan penyampaian.

“Walaupun berlakon ajaran sesat, Allah tahu niat kita adalah untuk mencari ‘cermin’ supaya penonton tidak mudah terpedaya dengan pengamal ajaran sesat,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana Ibu Aji di Aurum Theatre, The Exchange TRX, malam tadi.

Ellie berkata, watak antagonis yang dibawanya bukan sekadar lakonan kosong, sebaliknya bertujuan mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap penyelewengan agama.

“Saya sudah terima kecaman dan dipersoalkan mengapa melakonkan watak seperti ini. Tetapi bagi saya, penonton perlu melihat dari sudut lebih luas.

“Watak antagonis ini adalah cerminan realiti. Seperti kes Ayah Pin dulu, pengikutnya terdiri daripada golongan berpendidikan dan pelbagai lapisan usia. Mereka ada agama, tapi bagaimana boleh terpesong?” katanya.

Drama Ibu Aji arahan Amor Rizan diinspirasikan daripada kisah benar mengenai seorang wanita yang menyebarkan ajaran sesat kepada penduduk kampung.

Diterbitkan oleh Erma Fatima dan ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi Karya Reels, naskhah ini menampilkan Ellie sebagai pengamal sesat berpengaruh sehingga menjadi ikutan ramai.

Diterbitkan oleh Erma Fatima dan ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi Karya Reels, naskhah ini menampilkan Ellie sebagai pengamal sesat berpengaruh sehingga menjadi ikutan ramai.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Nyanyi Tak Sedap Tidak Apa, Sebab Mak Saya Cakap Sedap’ –...

0
KUALA LUMPUR – “Jangan toleh kiri kanan, terus kuat.” Itu nasihat yang dititipkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila netizen menjadikan diri dan perjalanan kariernya...

CATEGORIES