Tuesday, October 28, 2025
HomeHIBURAN‘Dua Tahun Jadi Bapa Tunggal, Tak Kisah Asalkan Dengan Anak’ - Hisyam...

‘Dua Tahun Jadi Bapa Tunggal, Tak Kisah Asalkan Dengan Anak’ – Hisyam Hamid

PETALING JAYA – Pelakon Hisyam Hamid akur dengan aturan Tuhan sekiranya ditakdirkan tidak berkahwin lagi serta menghabiskan hidupnya dengan status duda bersama dua anaknya.

Hisyam, 40, berkata, dia bahkan tidak pernah terasa hati mahupun tertekan apabila ramai yang menjodohkan dirinya dengan wanita lain.

“Sudah menjadi bapa tunggal selama dua tahun dan orang selalu mengusik untuk satukan saya dengan mana-mana wanita.

“Saya okey sahaja tentang jodoh.

“Terima kasih tetapi tolong doakan juga untuk dunia akhirat dan syurga buat saya serta anak-anak,” katanya dalam platform Threads.

Tambahnya, kehidupannya ketika ini juga membuat dia belajar untuk berlapang dada menerima takdir yang Tuhan sudah aturkan.

“Tidak mengapa jika hidup ini sudah ditakdirkan hanya untuk saya dan anak-anak sahaja, reda,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut meraih bangak respons daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan terbaik buatnya termasuk dikurniakan seorang isteri satu hari nanti.

“Tak kahwin pun tidak mengapa, awak sudah jadi contoh terbaik untuk anak-anak.

“Okey sahaja jadi bapa tunggal, Allah tahu yang terbaik untuk awak,” kata netizen.

Terdahulu, dia yang juga anak kelahiran Singapura mengesahkan sudah bercerai dengan isteri, Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tun Md Raus Ketuai Jawatankuasa Bebas Siasat Isu Dokumentasi Tujuh Pemain...

0
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi...

CATEGORIES