Thursday, January 8, 2026
HomeHIBURAN‘Bujang Bukan Sebab Tak Laku, Ada Yang Jaga Orang Tua Uzur’

‘Bujang Bukan Sebab Tak Laku, Ada Yang Jaga Orang Tua Uzur’

PETALING JAYA – Sentiasa ada asbab, penyanyi Ariz Lufias menempelak stigma masyarakat terhadap individu bujang, khususnya mereka yang lama hidup tanpa pasangan hingga sering dilabel ‘tidak laku’.

Ujar Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 37, status bujang tidak wajar dijadikan ukuran nilai diri seseorang kerana kebiasaannya tersimpan kisah serta pengorbanan tidak diketahui umum.

“Orang yang lama single bukan sebab tak laku.

“Selalunya ada cerita di sebalik semua itu, ada yang sudah serik bercinta, ada juga memilih menjaga ibu bapa uzur,” katanya menerusi perkongsian dalam Threads.

Tambah anggota kumpulan Forteen itu, ramai tidak menyedari usaha serta ikhtiar sebenar golongan bujang dalam mencari pasangan hidup sehingga tergamak melemparkan tanggapan negatif tanpa memahami situasi sebenar.

“Kebanyakan masa, kita tak tahu apa ikhtiar dan usaha mereka untuk mencari pasangan.

“Jadi berlapang dadalah, kalau tiada perkara baik mahu dikatakan, lebih elok diam,” ujarnya

Pandangan Ariz itu mendapat sokongan rata-rata netizen yang bersetuju label terhadap individu bujang sering bersifat tidak adil dan melukakan perasaan.

“Tak semua orang kahwin awal bahagia, ada yang single tapi hidup tenang dan terurus,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Setuju sangat, ramai single sebab fokus keluarga dan kerjaya, bukan sebab memilih atau tak laku,” komen seorang pengikut.

“Kadang-kadang orang bujang lebih matang sebab dah melalui banyak pengalaman pahit,” ujar seorang netizen.

Namun, terdapat juga segelintir netizen berpendapat status bujang dalam tempoh lama wajar dijadikan ruang refleksi diri, selain menasihatkan individu terlibat supaya lebih terbuka menerima kehadiran pasangan dalam hidup.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES