Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURAN"Boleh Je Jawab Sopan, Ramai Sekarang Makin Tiada Adab"

“Boleh Je Jawab Sopan, Ramai Sekarang Makin Tiada Adab”

PETALING JAYA – Seperti sudah hilang budaya hormat-menghormati, penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir individu yang disifatkan ‘kosong’ adab ketika berurusan.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd. Zikir, 37, berkata, insiden itu berlaku apabila dia menerima mesej daripada seorang individu dikenali yang bertanyakan kesediaannya pada satu tarikh tertentu.

“Kenapa makin ramai manusia takde adab ye? Baru terima whatsApp dari seseorang yang dikenali ni tanya ‘date sekian-sekian ni Shiha free tak?’.

“Saya pun tanya, ‘ada apa tu?’. Biasanya orang akan terus jawab, contohnya ‘kami ada malam gala di lokasi sekian’. Tapi tahu tak dia balas apa? ‘Buat persembahanlah. Takkan nak tengok saya meniaga pula?’,” katanya menerusi Threads.

Maruah terasa seperti dihenyak, pelantun lagu Renjana itu menegaskan cara berkomunikasi sebegitu membuatkan dia menolak jemputan tersebut.

“Lain kali tulis terus untuk malam gala ke, majlis ke.

“Kalau ya pun, boleh jawab dengan sopan. Sikap begitu buat saya terus balas tak free (punya masa),” ujarnya.

Tambah pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), meskipun nombor pengurus sudah diberikan untuk urusan rasmi, individu berkenaan tetap menghubunginya secara peribadi.

“Saya bukan apa, malas nak hadap perangai begitu.

“Kita pilih berurusan dengan perkara positif sahaja,” luahnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataannya serta menegur sikap segelintir pihak yang dianggap kurang profesional.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES