Thursday, January 8, 2026
HomeHIBURAN‘Bila dah mula kerja, setiap tahun cuba hadiahkan emas untuk Ummi’

‘Bila dah mula kerja, setiap tahun cuba hadiahkan emas untuk Ummi’

PETALING JAYA – Sebagai tanda tidak melupakan jasa serta pengorbanan, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menghadiahkan seutas gelang tangan emas buat ibu tersayang.

Menurut Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, penghargaan itu dilakukan sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan ibu yang bersusah payah membesarkan anak-anak.

“Waktu kecil dulu, ummi banyak bergolok-gadai, bersusah-payah nak sekolahkan kami adik-beradik ke menara gading.

“Kami keluarga biasa-biasa, apa adanya tapi serba cukup. Alhamdulillah.

“Jadi bila saya dah mula kerja, setiap tahun saya akan cuba hadiahkan emas untuk ummi saya,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, bekas pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) itu berharap dapat memberikan hadiah emas buat ibunya setiap tahun.

“Doakan saya dimewahkan rezeki supaya saya dapat teruskan tradisi ini untuk tahun-tahun yang mendatang,” jelasnya.

Dalam video tersebut, ibunya kelihatan tidak dapat menahan sebak selain tersenyum bahagia.

Selain itu, Uyaina turut menyarankan orang ramai yang berkemampuan agar tidak berkira dalam membahagiakan ibu bapa masing-masing kerana dia percaya keberkatan hidup datang dari keredaaan mereka.

“Mana yang berkemampuan serta ada rezeki lebih, tanyalah ibu ayah kita apa yang mereka suka dan hadiahkanlah mereka dengan hadiah kebahagiaan.

“Doa mereka yang kita perlukan dalam hidup. Insya-Allah rezeki kita akan terbentang luas seluar langit biru Tuhan.

“Hidup akan lebih berkat dan urusan harian akan lebih dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Selain membeli emas buat ibu, Uyaina juga mengakui mengidam emas sehingga sanggup ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi membeli aksesoru hadiah buat dirinya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES