Friday, January 16, 2026
HomeHIBURANAcara Terulung Art of Speed Malaysia 2025 Meriah Dengan Tema "Kustom Ada...

Acara Terulung Art of Speed Malaysia 2025 Meriah Dengan Tema “Kustom Ada Gaya”

SELANGOR, 28 Julai 2025 – Acara terulung Kustom Kulture, Art Of Speed (AOS 2025) yang ke-14 menggegarkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dari 26 hingga 27 Julai 2025, menarik ribuan peminat dan penggemar tegar.

Kekal setia pada identitinya, AOS memukau pengunjung dengan pameran luar biasa jentera ubah suai dari dalam dan luar negara, manakala kehadiran tetamu antarabangsa menambah lagi bahang acara ikonik ini yang meraikan seni dan gaya hidup automotif.

Acara berlangsung dengan penuh kemeriahan, sorakan dan tenaga luar biasa, sekali lagi membuktikan mengapa AOS terus menjadi acara budaya kustom paling dinantikan di Malaysia.

Tahun ini menyaksikan kehadiran lebih ramai tetamu antarabangsa dan VIP yang memeriahkan acara dengan kehadiran figura ternama dari seluruh dunia dalam dunia kustom, seni, dan automotif. Dari Jepun, antara yang hadir termasuk Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii dan Hey Murakamii dari MOONEYES, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon, Masa Sugihara dari Luck MC, Gussan dari 2%er, Daisuke Sakon dari Kustomstyle, Koichi Ikura dari AMEFES, Side Yakotani, Banzai Racing Equipment, StanceNation, Vibes Magazine, Ken Takabayashi (Ken The Flattop) dan Shuji Masunaga dari Highjumper Art Service. Turut serta dari Amerika Syarikat ialah Brendon Vetuskey, pereka produk Hot Wheels, serta Darren McKeag dari McKeag Art.

Dari Australia pula, Mark Hawwa (The Distinguished Gentleman’s Ride), Ben Forster (Benflathead) dan Scott Johnson (Pipeburn) turut hadir. Negara jiran seperti Indonesia menyumbang barisan hebat seperti SixtySick Paintlab yang terdiri daripada 20 artis pinstripe, Fahmi Freeflow, Mill Art, Irvine Jasta, BBQ Ride dan 645 Magazine.

Kehadiran dari negara Asia lain turut mencuri tumpuan seperti GokurakuDezign dari Taiwan, Infinite Media dari Thailand, Simon’s Garage dari China, Bangkok Hot Rod Show dan MOONEYES Bangkok dari Thailand, Kustomanila dari Filipina, Borneo Kustom Show dari Brunei, Wicked Wallop dan Choppajoop dari Singapura.

Kehadiran mereka bukan sahaja mengangkat martabat acara ke peringkat antarabangsa, tetapi juga menjadi platform jaringan kreatif dan budaya kustom serantau yang semakin berkembang pesat.

AOS Menyala!

Naik taraf besar-besaran bermula sebaik sahaja anda melangkah masuk. Gerbang ikonik AOS kini tampil lebih garang dan moden dengan paparan LED penuh yang memancarkan visual dan animasi dinamik. Sentuhan baharu ini bukan sekadar penyambut tetamu yang bergaya — ia mencerminkan semangat AOS itu sendiri: penuh kreativiti, budaya dan inovasi. Tidak hairanlah gerbang baharu ini menjadi antara lokasi paling banyak dirakam dan tumpuan utama yang dinanti-nantikan para pengunjung.

Beetle Lintasi Sempadan

Program “BEETLE BATTLE” yang dipelopori oleh Denny Kusumah dari Volkswagen Beetle Club Indonesia menyaksikan kehadiran deretan kereta dari negara-negara jiran. Kejayaan program ini meraikan semangat persahabatan serantau yang merentas sempadan dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang berkekalan antara negara.

Kereta Kecil, Jiwa Besar

Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) yang kali ke-3 kembali menggegarkan Dewan C dengan pelbagai aktiviti menarik buat peminat dan pengumpul jenama die-cast ini. Sepanjang hujung minggu, suasana amat meriah dengan pelbagai acara termasuk Zon Aktiviti Hot Wheels, Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Swap Buy & Sell Hot Wheels, sesi perkongsian bersama kolektor, Pertandingan Custom Hot Wheels dan banyak lagi.

AOS 2025 turut mencipta sejarah dengan pelancaran pasangan kereta konvensyen pertama di Asia Tenggara yang menghadap kiri dan kanan — istimewa bersama kehadiran pereka produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey!

Pelbagai aktivi menarik!

Dengan tema “Laju, Lapar, Layan!”, AOS 2025 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang pasti mengujakan pengunjung dari pelbagai lapisan. Antara tumpuan utama ialah Santai Scooterist, sebuah perhimpunan mega pemilik skuter yang meraikan komuniti dua roda dengan penuh gaya. Tidak ketinggalan, perhimpunan kelab kereta moden dan klasik seperti Alfa Romeo (AROCM), K Car, dan Kelab Pemilik Porsche turut memeriahkan acara.

Roda Rumble 2025, yang disokong oleh Retro Mania, akan menjadi pesta dua roda dan luaran yang meriah. Bagi peminat makanan, medan selera yang dipenuhi pelbagai pilihan penjual dan lori makanan akan tersedia di kawasan luar, manakala Payung Kopi, sebuah zon santai berhampiran pintu masuk Dewan D, menawarkan kopi dan pastri yang menyenangkan. Pasar lambak automotif menyediakan pelbagai barangan untuk kaki motor dan kereta, disertai pelancaran produk baharu di pentas utama.

Corntoz Mamee pula menghidangkan sesi percubaan makanan ringan percuma, dan Sunburst Tribe akan mengadakan pertunjukan fesyen khas di dalam Dewan D. Moto4sale, platform jual beli motosikal di bawah 500cc, turut kembali untuk memberi peluang kepada pengunjung berdagang atau mencari kenderaan impian mereka.

Hiburan hujung minggu diperkasakan oleh Backdoor SoundSystem Collective yang menghidupkan suasana di luar berdekatan Payung Kopi. Tidak dilupakan, Zon Uji Tunggang akan menampilkan pelbagai jenama motosikal terkenal seperti Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan banyak lagi, memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri pengalaman menunggang model pilihan mereka.

SoundCircus Gegar Habis!

SoundCircus Takeover tahun ini hadir dengan sentuhan segar yang memukau di Dewan A. Antara artis yang memeriahkan pentas adalah Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem, Mai Tummada serta ramai lagi.

Sambutan yang hebat untuk AOS 2025 kali ini dan ketemu lagi untuk AOS 2026 tahun depan!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Ada Hikmah Di Sebalik Kemalangan’ – Ezzany Jasny Tunda Ke London

0
PETALING JAYA – Susulan kemalangan yang mengakibatkan kecederaan wajah dan tengkorak, pelakon Ezzanie Jasny terpaksa menangguhkan percutian ke London yang dijadualkan dalam tempoh terdekat. Begitupun,...

CATEGORIES