Monday, December 2, 2024
HomeBERITAHat Yai Destinasi Percutian Termurah Di Asia, Malaysia Di Miri

Hat Yai Destinasi Percutian Termurah Di Asia, Malaysia Di Miri

PETALING JAYA – Hat Yai, Thailand mengungguli tempat pertama dalam senarai destinasi paling murah di Asia untuk percutian hujung tahun dengan harga bilik secara purata RM205 satu malam.

Lokasi popular di selatan Thailand itu menjadi pilihan utama pelancong yang mahukan percutian bajet kerana terkenal dengan pasar meriah dan makanan jalanan selain suasana Krismas yang meriah pada musim percutian.

Surakarta, Indonesia pula berada di tempat kedua dengan harga bilik purata RM210, diikuti Varanasi, India (RM219) dan Dalat, Vietnam (RM277).

Destinasi Miri, Malaysia berada di tangga kelima dengan harga bilik purata RM290 satu malam.

Destinasi lain ialah Subic, Filipina RM384, Taitung, Taiwan (RM447), Nagoya, Jepun (RM487), dan Yeosu-si, Korea Selatan (RM572).

Agoda dalam satu kenyataan berkata, hujung tahun merupakan masa terbaik untuk bercuti meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Namun begitu, perbelanjaan boleh meningkat sekiranya tidak dipantau,” katanya.

Sementara itu, senarai destinasi murah dipilih berdasarkan analisis kadar bilik purata di 10 destinasi utama pada September hingga Oktober lalu.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES