Hasil Risikan Polis, Ibu Bapa Kandung Zayn Rayyan Direman 7 Hari

0
178
Harapan Madani

PETALING JAYA – Ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini, pada Disember tahun lalu, direman bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan suami isteri masing-masing berusia 29 tahun itu direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saya sahkan tangkapan ibu dan bapa Zayn Rayyan (semalam). Mereka mendapat perintah reman selama tujuh hari pagi ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan ke atas ibu bapa dibuat berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang.

“Tindakan ini diambil bagi membantu siasatan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik itu ditahan polis semalam.

Difahamkan kedua-dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. -KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here