Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANHarta Sepencarian Telah Diserahkan 100% Kepada Aisyah Hijanah

Harta Sepencarian Telah Diserahkan 100% Kepada Aisyah Hijanah

PETALING JAYA – Selepas menjalani kehidupan berpoligami sebulan lalu, pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah mendedahkan segala harta sepencarian bersama suami, Alif Teega telah dipindah milik penuh kepada dirinya.

Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

“Segala hasil titik peluh yang dibina daripada kosong bersama suami (aset harta sepencarian) telah dipindahkan 100 peratus kepada Aisyah termasuklah pegangan jenama tudung, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.

“Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Pastikan usaha dan hak anda terjamin. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu upah peguam, silakan,” katanya dalam satu muat naik hantaran terbaharu dalam media sosial.

Jelas Aisyah, apa yang dilakukannya bukan bermakna dirinya seorang yang tamakkan harta tetapi demi masa depan diri dan anak-anak yang lebih terjamin.

“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita mahu beri jaminan kepada masa depan kita dan anak-anak.

“Sentiasa minta Allah petunjuk dan cari jalan yang terbaik. Kita perlu pandai kawal emosi dan kekal bertenang. Kalau tidak, rosak segalanya,” jelasnya lagi dalam perkongsian sama.

Aisyah, 25, turut, menitipkan pesanan buat wanita-wanita yang senasib dengannya agar sentiasa berfikiran waras dan tidak bertindak melulu.

“Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap hantaran ini membantu kalian semua. Poligami bukanlah perkara yang haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima.

“Ingat untuk memastikan pastikan diri kalian terjamin dahulu termasuklah anak-anak. Jangan terburu-buru nak bercerai,” pesannya.

Bulan lalu, suami Aisyah iaitu Alif mendedahkan sudah berkahwin dua dengan wanita bernama Fatin Umaidah dan mencetus kemarahan ramai terutama golongan wanita.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES