Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANHarimau Malaya Tiada Masalah Atasi Laos

Harimau Malaya Tiada Masalah Atasi Laos

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya menepati ramalan apabila berjaya memastikan kemenangan 3-1 ke atas Laos pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium PAT, Bangkok, semalam.

Cuaca hujan di Bangkok menyaksikan perlawanan terpaksa dilangsungkan atas padang basah dengan banyak kawasan padang ditakungi air hingga beri kesukaran buat kedua-dua pasukan beraksi lebih baik.

Bagaimanapun, Malaysia memulakan permainan dengan positif apabila membuka jaringan seawal minit keenam menerusi bintang muda Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar.

Seterusnya, Harimau Malaya terus menguasai permainan namun pergerakan diatur tidak dapat dibuat dengan lebih baik memandangkan bola sering tersekat di kawasan lopak air.

Bagaimanapun, hasrat skuad negara menamatkan aksi 45 minit pertama dengan kelebihan satu gol tidak berhasil apabila Kydavone Souvanny meledak jaringan penyamaan buat Laos pada minit ke-33.

Malaysia terus garang di babak kedua dengan mencipta beberapa peluang terbaik namun pertahanan lawan kekal berdisiplin melakukan halangan.

Stuart Wilkin yang masuk menggantikan Safawi Rasid hanya memerlukan kurang seminit untuk menghadirkan impak besar apabila memperoleh sepakan penalti dan kesempatan pada minit ke-64 itu tenang disempurnakan olehnya bagi memastikan gol kedua buat Malaysia.

Minit ke-81, Malaysia dihadiahkan satu lagi sepakan penalti dan kali ini ia disempurnakan oleh Sergio Aguero.

Isnin ini, Harimau Malaya akan bermain satu lagi aksi persahabatan menentang India di Stadium Gachibowli, Hyderabad.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES