Harimau Malaya Makin Tempang, Darren Lok Pula Terpaksa Diketepikan

0
158
Foto: The Star

KUALA LUMPUR: Selepas kehilangan Syafiq Ahmad, skuad Harimau Malaya terus berdepan nasib malang selepas seorang lagi penyerang, Darren Lok terpaksa diketepikan susulan kecederaan hamstring.

Perkembangan itu disahkan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dan Pan Gon memanggil pemain sayap Kuching City FC, Nur Shamie Izsuan Amin bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Darren itu.

“Nur Shamie Iszuan Amin yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan, 11 Jun.

“Shamie, 29, menggantikan Darren Lok dari Sabah FC yang hadir melapor diri, semalam tetapi terpaksa dilepaskan, hari ini selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan hamstring.

“Semoga Darren cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata Pan Gon.

Sebelum ini, skuad kebangsaan sudahpun kehilangan tiga tonggak yang tidak boleh dipanggil susulan kecederaan iaitu Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan juga Romel Morales.

Sebagai rekod, skuad negara akan bertanding ke Bishkek terlebih dahulu sebelum pulang bagi perlawanan keenam berdepan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here