Harga Makanan Di Kantin Sekolah ‘Cekik Darah? , Terus Lapor KPM

0
42
Foto: Demi Sabah

Batu Pahat: Ibu bapa diminta membuat laporan terus kepada Kementerian Pendidikan (KPM) jika ada pengusaha kantin sekolah menaikkan harga makanan terlalu mahal.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata terdapat rungutan daripada ibu bapa yang mendakwa harga makanan di kantin sekolah tidak sama seperti sebelum ini.

Beliau berkata, pihak sekolah perlu memantau jika berlaku kenaikan seperti didakwa dan kementerian bersedia mengambil tindakan sewajarnya jika ada aduan.

“Saya minta sekolah ambil tindakan (jika didapati berlaku kenaikan) kerana ia membabitkan kantin dengan sekolah.

“Pengurusan kantin membabitkan sekolah, jadi mereka ada hak untuk membuat pemantauan terhadap harga makanan.

“Namun, setakat ini, aduan mungkin hanya membabitkan kantin dengan sekolah. Tetapi, ibu bapa boleh membuat aduan terus kepada kementerian,” katanya selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeong Chang di Sungai Suloh di sini, hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina meminta pengusaha kantin sekolah merujuk garis panduan yang ditetapkan oleh KPM berhubung isu kenaikan harga makanan.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, isu harga makanan di kantin sekolah boleh diselesaikan secara baik antara pengusaha dan pengurusan sekolah.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here