Friday, February 7, 2025
HomeLUAR NEGARAHanya Mengucapkan Salam, Wanita Muslim Ditangkap Polis Perancis

Hanya Mengucapkan Salam, Wanita Muslim Ditangkap Polis Perancis

PARIS – Seorang wanita Perancis ditahan di Paris minggu lalu selepas jirannya membuat aduan kepada polis bahawa dia memberikan ucapan assalamualaikum kepada sekumpulan pekerja di bangunan penginapan mereka, lapor portal berita Middle East Monitor semalam.

Menurut Kosmo, dia ditahan untuk sementara waktu sebelum dibebaskan, manakala pegawai kehakiman mempertahankan tindakan polis tersebut.

Menurut pihak berkuasa, penangkapan suspek adalah bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Perkembangan semasa yang dimaksudkan merujuk kepada pengeboman kejam jet-jet pejuang Rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan pemindahan paksa lebih dua juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah tersebut selepas Hamas melancarkan serangan roket  ke arah Israel pada 7 Oktober lalu. 

Laporan penahanan wanita itu disahkan oleh wartawan Perancis Widad Ketfi dan peguam mangsa, Nabil Boudi.

Boudi menulis pada aplikasi X bahawa anak guamnya mahu memfailkan aduan tentang fitnah yang dilemparkan kepada dirinya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gurauan Berlebihan Boleh Buat Orang Tak Selesa’

0
BUKAN sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat. Pelakon Scha Alyahya antara...

CATEGORIES