Sunday, May 19, 2024
HomeVIRALHanya Kerana Miliki 'Suara Feminin', Bilik Hotel Sekumpulan Lelaki Diserbu JAIS

Hanya Kerana Miliki ‘Suara Feminin’, Bilik Hotel Sekumpulan Lelaki Diserbu JAIS

PETALING JAYA – Hanya disebabkan salah seorang rakan memiliki ‘suara wanita’, sekumpulan lelaki yang berada di sebuah bilik hotel diserbu anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Melalui tinjauan Kosmo, video berdurasi 22 saat itu dikongsikan oleh pengguna TikTok @Jiey dan mendapat lebih 41,000 sukaan setakat ini.

“Sebab suara dia pencegah maksiat datang.

“Siapa yang ‘call’ pencegah maksiat ni? Ya Allah ya Tuhanku!,”soal perakam video diiringi gelak ketawa yang lain.

Gara-gara tersalah terjah, anggota JAIS dan kumpulan lelaki terbabit hanya mampu ketawa geli hati sesama sendiri.

Melihat situasi kelakar itu, para penonton turut terhibur dan ada segelintir yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan.

“Cegah maksiat lelaki sama lelaki pun boleh hahaha,”komen bibigarl.

“Naya pak karim,” ujar zaza lambert.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES