Hantar Tentera Pengaman Ke Palestin Bukan Perkara Mudah

0
96
Foto: BuzzKini

KUALA LUMPUR – Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghantar pasukan pengaman ke Palestin sekiranya memperoleh mandat yang jelas untuk bertindak demikian.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan menghantar tentera pengaman secara unilateral ke kawasan bergolak bagaimanapun bukan mudah.

“Ia memerlukan penelitian pelbagai pihak. termasuk Kementerian Luar, pandangan negara sekitar kawasan bergolak atau kawasan krisis dan paling utama mendapat mandat yang jelas daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

“Buat sahaja keputusan dan kami (ATM) akan ke sana (Palestin) jika ada keputusan, ada mandat membolehkan kita menghantar tentera pengaman kita dengan segera. Bahkan kita dah ada pun di Lubnan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here