Hampir Semua Syarikat Produksi Tidak Carum KWSP Terutamanya Untuk Pelakon Muda

0
58
Foto: Soya Cincau BM

PUTRAJAYA- Sejumlah 97.78 peratus daripada 361 syarikat produksi yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda di dalam filem dan drama dilaporkan tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peratusan itu diperoleh menerusi Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama yang dijalankan.

Katanya, kajian itu turut menunjukkan hanya 2.22 peratus sahaja syarikat produksi berbuat demikian.

“Ia menunjukkan tiada kesedaran di pihak syarikat produksi selain melihat pelakon kanak-kanak dan orang muda itu sebagai bukan pencari nafkah keluarga.

“Kekuatan dan akta dalam konteks ini perlu dipertingkatkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 73.13 peratus syarikat produksi juga tidak mengetahui mengenai keperluan untuk mendapatkan lesen permit hiburan awam daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

“Hanya 4.16 peratus sahaja yang menyedari kepentingan lesen berkenaan manakala 22.71 peratus lagi tidak pasti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here