Sunday, January 26, 2025
HomeBERITAHamilton Tak Beli Pasukan MotoGP – KTM

Hamilton Tak Beli Pasukan MotoGP – KTM

VIENNA – Pengeluar gergasi motosikal Austria, KTM menafikan bahawa pelumba Formula Satu (F1), Lewis Hamilton bakal membeli pasukan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) mereka.

Spekulasi tersebut timbul sewaktu pusingan terakhir F1 di Grand Prix Abu Dhabi baru-baru ini dengan menyatakan Hamilton mungkin menjadi penyelamat kewangan KTM yang dilaporkan menghadapi bebanan hutang cukup besar.

“Kami membaca berita ini dengan rasa terkejut dan sama sekali ia tidak benar,” kata jurucakap KTM.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Tech3 KTM, Herve Poncharal turut tampil menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut.

“Ia sama sekali tidak berasas. Tidak ada kebenaran dalam laporan ini. Saya yakin perkara yang sama juga terpakai kepada pasukan kilang kami,” katanya.

Hamilton dikatakan mempunyai hubungan cukup baik bersama Monster Energy iaitu pesaing utama kepada Red Bull dalam industri minuman tenaga.

Walaupun KTM berdepan masalah kewangan dengan hutang yang dijangka mencecah nilai €3 bilion (RM14.02 bilion), namun syarikat itu menegaskan masa depan perlumbaan mereka tidak akan terjejas.

Bagaimanapun, KTM ketika ini dikatakan telah menghentikan semua pembangunan jentera RC16 mereka buat sementara waktu.

Situasi tersebut mencetuskan kebimbangan membabitkan empat pelumba mereka iaitu Pedro Acosta, Brad Binder, Maverick Vinales dan Enea Bastianini.

Sebelum ini, Hamilton dikatakan tertarik untuk memiliki pasukan MotoGP selepas melihat sukan tersebut berpotensi untuk berkembang jauh.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES