Tuesday, September 17, 2024
HomeHIBURANHamil Kali Ini Rasa Azab, Dulu Hamil Boleh Lagi Pergi 'Clubbing'- Tom

Hamil Kali Ini Rasa Azab, Dulu Hamil Boleh Lagi Pergi ‘Clubbing’- Tom

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Tom, mengakui, hamil pada usia 37 tahun kali ini memberikan pengalaman berbeza berbanding ketika mengandungkan tiga cahaya matanya yang lain sebelum ini.

Menurut Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzan Raja Ikram, dia kini mudah berasa penat selain mengakui pergerakannya terbatas semenjak kandungannya telah mencecah usia enam bulan.

“Enam bulan dah, penat juga nak bersila pun susah. Nak bangun pun sama, ada hati nak pergi meluncur!,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram hari ini.

Kata peserta program Famili Duo musim ketiga (FD3) ini, hamil bayi perempuan pada kali ini juga memberi pengalaman baharu buatnya memandangkan sebelum ini ketiga-tiga anaknya adalah lelaki.

Malah, katanya, kehamilan kali ini membuatkan dia lebih suka tidur berbanding ketika mengandungkan tiga anak lelakinya yang sentiasa membuatkan dia aktif.

“Mengandung anak perempuan memang beza betul, azab juga. Hamil anak lelaki, sembilan bulan masih boleh pergi clubbing lagi!

“Selepas itu sambung lagi after party. Sekarang tidak lagi, tidur lagi baik,” katanya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki, lapor Kosmo.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Tom dan Fuad juga merupakan salah satu pasangan yang bertanding di pentas FD3 kali ini.

Sumber: Utusan Malaysia

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kembalikan Semula UPSR, Ukur Keupayaan Sebenar Murid – Asyraf Wajdi

0
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan. Menurut beliau, sistem penilaian...

CATEGORIES