PETALING JAYA – Selepas hampir seminggu bertarung nyawa, pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramly, 55, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.50 tengah hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor hari ini.
Perkara itu disahkan anak bongsu Allahyarham, Nur Natasya Umairah, 20, menerusi mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, khabar duka.
“Hamdan Ramly sudah tiada (meninggal dunia) sebentar tadi,” katanya.
Bagaimanapun, punca kematian masih belum disahkan ketika ini.
Pada 31 Disember lalu, Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli terpaksa ditidurkan di HSA, Johor Bahru selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah
Selain jangkitan kuman dalam darah, doktor turut memaklumkan Hamdan turut mengalami jantung lemah dan paru-paru berair.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat orang cahaya mata.
Sumber: Kosmo