Hamas Berjaya Bedil Simpanan Misil Nuklear Israel Sehingga Terbakar

0
84
Foto: Sinar Harian

WASHINGTON – “Roket dilancarkan pejuang Hamas ketika Operasi Taufan al-Aqsa bermula pada 7 Oktober lalu berjaya membedil pangkalan tentera yang dipercayai menempatkan misil nuklear milik Israel.”

Laporan itu didedahkan The New York Times pada awal minggu lalu mendakwa bedilan itu mencetuskan kebakaran berhampiran kemudahan simpanan peluru berpandu dan senjata sensitif lain di pangkalan tentera Sdot Micha di tengah Tel Aviv.

“Imej satelit menunjukkan usaha mengawal api daripada terus marak, beberapa jam selepas kejadian itu,” jelas laporan tersebut.

Beberapa pakar percaya pangkalan itu mempunyai kira-kira 25 hingga 50 pelancar misil Jericho yang berupaya membawa kepala peledak nuklear.

Serangan roket Hamas itu membuktikan kelemahan sistem pertahanan udara Israel.

“Ia jelas menunjukkan keupayaan pejuang Hamas yang dapat menembusi ruang udara Tel Aviv walaupun ia dikawal rapi. Tetapi, masih tidak jelas jumlah sebenar roket yang berjaya menangkis sistem pertahanan udara canggih, Iron Dome,” ujar laporan itu lagi.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here