Halim Othman Ikut Prosedur Permohonan, Dibuat Bersama Ibu Kandung Myra Natasya

1
296
Foto: Sinar Harian

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon, Myra Natasha adalah mengikut prosedur.

Pegawai Perhubungan Awam JPN, Siti Mariani Ayob berkata, permohonan itu dikemukakan oleh personaliti radio, Halim Othman dan ibu Myra Natasha, Yusnita Omar pada tahun 2022.

“Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi.

“Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.

Myra Natasha, 29, atau nama sebenarnya Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.

Ruangan tersebut dikosongkan kerana wanita itu memaklumkan sebenarnya Halim, 60, tidak pernah bernikah dengan ibunya, Yusnita sepertimana dihebohkan sebelum ini dan status kelahirannya pula sebagai anak tidak sah taraf.

Sumber: Sinar Harian

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here