Sunday, May 19, 2024
HomeVIRALHafiz Mahamad, Lelaki Harapan Terakhir Wanita Tidak Beristeri Dua

Hafiz Mahamad, Lelaki Harapan Terakhir Wanita Tidak Beristeri Dua

PETALING JAYA – Selain Alif Satar, nama pempengaruh yang dikenali ramai, Hafiz Mahamad turut melonjak naik dan tersenarai menerima gelaran ‘lelaki harapan terakhir wanita’ sebagai insan yang setia kepada seorang isteri.

Melalui tinjauan Kosmo, nama Hafiz mula naik lantaran isu pempengaruh, Alif Teega yang menjadi bualan orang ramai sejak semalam, apabila dia membuat pengakuan berpoligami.

Menerusi hantaran di laman X, rata-rata pengguna menyeru Hafiz Mahammad untuk tidak melibatkan diri mahupun terdetik hati untuk berpoligami.

“Abang jangan kahwin dua tau, jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik,” rayu @pudynzyazn.

“Tinggal Hafiz Mahamad dan Syahmi Sazli. Dua ni kalau kahwin lain juga memang sah lelaki bermasalah. Tolong jaga maruah kami lelaki yang tidak bersalah,” seloroh seorang pengguna laman sosial.

“Hafiz Mahammad lelaki harapan terakhir! Kalau Hafiz curang dengan Aina, aku tak percaya lelaki dah! Tengoklah macam mana Hafiz ini obses dan hargai isteri dia,” demikianlah antara selorohan pengguna laman sosial berhubung isu poligami pempengaruh lain yang buat hal.

Menurut Kosmo, pasangan pempengaruh, Hafiz Mahammad dan isterinya Syafiqah Aina sering membuatkan orang ramai ‘cair’ dengan keintiman yang dipamerkan di laman sosial.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES