Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANHafidz Roshdi Minta Bekas Isteri Padam Gambar Atau Tindakan Diambil

Hafidz Roshdi Minta Bekas Isteri Padam Gambar Atau Tindakan Diambil

PETALING JAYA – Selebriti Hafidz Roshdi meminta bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri supaya memadam gambarnya yang dijadikan bahan promosi produk wanita itu dalam media sosial.

Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi berkata, Shuhada seperti tanpa rasa bersalah menggunakan foto individu yang sudah tiada kaitan dengan hidupnya tanpa kebenaran tuan empunya badan.

“Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk ‘promote’ (promosi) barang. Saya tak tahulah untuk tujuan apa, tapi guna gambar saya.

“Macam dah tiada keaslian. Tak guna gambar lain ke? Saya rasa dia dah boleh padam gambar itu dan tukar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnya,” tegas Hafidz menerusi perkongsian TikTok.

Sebelum ini, Nurul Shuhada dikecam kerana masih belum ‘move on’ gara-gara berkongsi foto dengan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya dalam hantaran yang mempromosikan produk minuman.

Berdasarkan Kosmo, ibu tunggal anak dua itu memberi alasan gambar didukung lelaki yang ditutup wajah itu sekadar mahu menunjukkan badannya sebelum ini.

Nurul Shuhada, 29, dilihat sempat membalas komen seorang pengikut yang memintanya berdamai dengan takdir apabila didakwa masih belum melupakan kisah lalu.

Pensohor media sosial itu turut dihentam netizen sebaik berkongsi video memasak sambal sotong yang didakwa lauk kesukaan bekas suaminya.

Hafidz dan Nurul Shuhada bercerai talak satu pada 22 Februari lalu. Pengesahan lafaz cerai itu disahkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai selepas tujuh tahun bergelar suami isteri.

Menerusi perkahwinan mereka pada 30 April 2016, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES