Saturday, February 15, 2025
HomeBERITAGuru Paling Ramai Jadi Mangsa 'Scammer' Di Johor

Guru Paling Ramai Jadi Mangsa ‘Scammer’ Di Johor

JOHOR BAHRU, 3 Oktober- Johor merekodkan sebanyak 117 kes penipuan dalam talian (Scammer) melibatkan golongan guru di negeri itu bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, antara punca golongan itu menjadi mangsa adalah disebabkan bilangan mereka yang ramai iaitu melebihi 50,000 orang di negeri ini.

“Scammer tidak pilih mangsa tetapi mungkin disebabkan komuniti guru di Johir besar, maka itulah yang menyebabkan mereka menjadi mangsa.

“Walaupun sudah ada banyak penerangan dan pendidikan mengenai ‘scammer’ ini, masih ada juga yang menjadi mangsa, malah golongan guru juga ada yang terkena,”katanya.

Kamarul Zaman memaklumkan, kes penipuan dalam talian membabitkan guru merupakan kes yang tertinggi dalam kalangan penjawat awam.

“Bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini, sejumlah kira-kira RM4.2 juta kerugian direkodkan berbanding 119 kes dengan jumlah kerugian RM3.4 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

“Sementara itu,sebanyak 388 kes penipuan dalam talian melibatkan keseluruhan penjawat awam di negeri ini turut direkodkan dengan nilai kerugian kira-kira RM10.26 juta berbanding 322 kes dengan kerugian kira-kira RM109 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu,”katanya selepas Program Town Hall Ancaman Scammer Masa Kini di Dewan Muafakat Wisma Bank Simpanan Nasional, Johor.

Antara penipuan dalam talian yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini termasuk kes Macau Scam, Scam Cinta, Scam Kerja, Scam Pinjaman dan lain-lain lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian serta mengelakkan diri menjadi mangsa keldai akaun.

“Elemen yang penting adalah akaun. Akaun ini apabila kita dedahkan kepada orang kita akan ditipu atau pun akaun diberikan kepada orang, kita akan jadi mangsa sebagai ‘akaun mule’ atau akaun keldai.

“Ia boleh diambil tindakan ditangkap walaupun mangsa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya memberikan akaun dia kepada sindiket. Dengan sedikit bayaran pun, menjadi satu kesalahan,” katanya.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES