Gunung Berapi Di Sumatera Barat Meletus Lagi, Kini Berada Pada Tahap III 

0
34
Foto: Utusan

SUMATERA BARAT: Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia terus meletus, memuntahkan abu mencecah sehingga 2 ribu meter dari kawah gunung.

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia berkata, letusan abu yang berwarna kelabu tersebut terbang ke arah barat laut dan letusan itu dapat didengari dari pos pemerhatian Gunung Marapi di Bukit Tinggi.

Gunung berapi itu yang kini berada pada status Tahap III iaitu berjaga-jaga merekodkan aktiviti seismik yang berlangsung selama kira-kira dua minit dua saat.

Tambahnya penduduk dalam radius 4.5 kilometer dari Gunung Marapi dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan daripada melakukan aktiviti berdekatan selain mengambil langkah berjaga-jaga bagi kemungkinan berlaku aliran lahar ketika hujan termasuk memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada abu vulkanik.

Gunung Marapi, gunung berapi setinggi 2,891 meter, meletus pada Disember 2023, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 23 orang dan lebih 50 pendaki berjaya diselamatkan.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here