Guna Taktik Lama, Suami Pura-Pura Pengsan Selepas Ditangkap Khalwat

0
140
Foto: Kosmo

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia mengundang ketawa netizen kerana memaparkan aksi licik seorang suami  berpura-pura pengsan selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan wanita lain, lapor laman berita Dream hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Manado, wilayah Sulawesi Utara, seorang wanita iaitu isteri lelaki berkenaan dilihat tiba di sebuah bilik sewa bersama beberapa anggota polis.

Setelah pintu bilik dibuka, si suami yang jelas terkejut secara tiba-tiba rebah dan kelihatan seperti  pengsan.

Si isteri  didengari memberitahu anggota polis supaya tidak menghiraukan suaminya yang hanya berpura-pura.

“Dia hanya berpura-pura. Dia memang selalu banyak helah, sudah biasa. Periksa sahaja (bilik),” kata si isteri.

Anggota polis  meneruskan pemeriksaan mereka di dalam bilik yang dikatakan turut mempunyai seorang wanita di dalamnya.

Si suami kemudian bangun seolah-olah tersedar daripada pitam. Dia kemudian menanti di hadapan bilik yang sedang diperiksa oleh polis.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Isterinya sudah faham sangat perangai si suami. Malunya!” kata seorang netizen.

“Tidak pandai berlakon. Curang pun sudah dapat ditangkap, apatah lagi berlakon pengsan,” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here