Google Buat Pelaburan Besar Di Malaysia, Bakal Laburkan RM 9.4 Billion

0
57
Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Gergasi teknologi dunia, Google bakal melabur RM9.4 bilion bagi membangunkan Pusat Data dan Wilayah Awannya di Malaysia. Pelaburan besar ini mewujudkan 26,500 pekerjaan untuk rakyat tempatan, menjelang 2030.

Peluang pekerjaan akan melibatkan pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan impak ekonomi mencecah RM15.04 bilion.

Wilayah Awan Google di Malaysia ini akan menyertai 40 wilayah dan 121 zon lain yang sedang beroperasi seluruh dunia, bagi memenuhi keperluan permintaan perkhidmatan awan tempatan dan peringkat global.

Ini selain menyokong program literasi kecerdasan buatan (AI) untuk pendidik dan pelajar di Malaysia.

Pengumuman ini adalah hasil daripada beberapa siri pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Alphabet dan Google, Ruth Porat, sebelum ini.

Ia menandakan pelaburan terbesar Google di Malaysia setakat ini.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here