Friday, January 24, 2025
HomeBERITAGiliran Pemburu Paranormal Pula Cari Cikgu Hafiz

Giliran Pemburu Paranormal Pula Cari Cikgu Hafiz

KULIM – Kehilangan seorang guru lelaki Mohd. Hafiz Jasmi, 38, atau dikenali Cikgu Hafiz yang memasuki hari ke-14 semalam turut mendapat perhatian daripada kumpulan paranormal dan perubatan tradisional sejak semalam.

Rata-rata mereka mula mengunjungi lokasi kehilangan guru berkenaan sejak 5 November lalu di kawasan peranginan Sungai Sedim bagi mengesan keberadaan lelaki itu setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan apabila tiada sebarang petunjuk.

Menurut Kosmo, seorang aktivis masyarakat dari Kulim, Fazil Abd Gani, 40, berkata, dia terpanggil untuk membantu pencarian keluarga Cikgu Hafiz selepas membaca mengenai kehilangannya di media sosial.

“Selepas mengetahui SAR dihentikan saya bersama rakan pergi ke lokasi mangsa dilaporkan hilang Selasa lalu dan pencarian kami di sekitar pusat peranginan itu dan lubuk Siku selama dua jam gagal menemui sebarang petunjuk,” katanya di sini semalam.

Tambah Fazil, dia kemudiannya ke lokasi berkenaan sekali lagi pada pukul 12 tengah malam bersama empat rakannya bagi melakukan pencarian.

“Ketika kami sampai di kawasan terbabit suasana agak seram dan berpandukan lampu suluh kami cuba mencari sekali lagi di kawasan persekitaran mangsa hilang.

“Ketika mencari itu ada perasaan seram juga namun kami teruskan usaha mencari dengan pelbagai kaedah secara tradisional,namun gagal menemui sebarang petunjuk,”ujarnya.

Menurut Fazil, kira-kira pukul 2 pagi kami semua pulang dan menyifatkan kehilangan guru berkenaan sesuatu yang misteri kerana tiada sebarang petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk mengesannya.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES