Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANGiliran Kami Pula Dapat ‘Datuk’ – Sharifah Shahirah

Giliran Kami Pula Dapat ‘Datuk’ – Sharifah Shahirah

PETALING JAYA – Artis serba boleh, Sharifah Shahirah, 50, mengumumkan dia kini sudah bergelar nenek selepas anak sulungnya, Allisya selamat melahirkan anak semalam.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera ini mengumumkan berita gembira itu.

Shiera bersama suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Ijoy Azari berpakaian seperti penerima anugerah gelaran Datuk di istana siap berselempang kuning.

“Giliran kami pula dapat ‘datuk’ di hospital di Kuantan Pahang. Tahniah datuk Ijoy. Selempang dah sama dengan jalan raya.

“Allah bagi rezeki jadi Datuk. Siapa suruh kahwin dengan aku. Dapatlah gelaran datuk. Orang lain ambil gelaran itu di istana, kami ambil di hospital,” tulis Shiera dalam akaun Instagram.

Anak sulung Shiera iaitu Allisya, 26, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu Jatt Black Dog Bone.

Bersama Ijoy pula dia dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 20, Airra, 17, Audra, 15 dan Adeena, 8.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES