Giliran Aceh Terima Pelarian Rohingya, Rayu Mohon Perlindungan

0
48
Foto: Harian Metro

Bireuen, Indonesia: Kira-kira 250 pelarian Rohingya tiba di barat Indonesia dengan menaiki bot kayu yang uzur dan sesak, semalam, menjadikan jumlah pelarian yang tiba minggu ini kepada hampir 600 orang.

Bot yang membawa kaum minoriti Myanmar teraniaya yang kebanyakannya yang berkaki ayam dan ada yang merayu bantuan, berlabuh di luar pantai di wilayah Aceh.

Ada yang berlari ke pantai selepas penduduk enggan membenarkan mereka mendarat, rebah ke pasir dan meminta penumpang kapal yang keletihan dibenarkan turun.

Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam dianiayai teruk di Myanmar dan beribu orang mempertaruhkan nyawa setiap tahun dalam usaha melarikan diri melalui perjalanan laut untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi dilihat meninjau ke pantai ketika penduduk tempatan yang marah memberitahu mereka supaya tidak mendaratkan bot, yang dikatakan oleh beberapa orang di atas kapal itu belayar dari Bangladesh.

Lelaki muda di atas kapal itu menghulurkan tangan mereka kegusaran apabila bot yang dibuka bahagian di atasnya kerana kesesakan.

Menurut Ketua Kampung Pulo Pineung Meunasah, Mukhtaruddin, penduduk Aceh menghantar makanan ke bot dengan harapan mereka yang berada di atas kapal akan memutuskan untuk meneruskan perjalanan.

Penumpang bagaimanapun bertegas untuk turun selepas hampir tiga minggu berada di laut.

Selepas memanjat tali untuk berenang ke pantai dan berdemonstrasi dengan penduduk Aceh, seorang lelaki Rohingya berbaring di atas pasir tanpa alas kaki, tidak berbaju, kelihatan hampir tidak bermaya.

Selebihnya masih menunggu di atas bot kira-kira 100 meter dari pantai, kata Mukhtaruddin.

Pelarian Rohingya, Manzur Alam memberitahu AFP bahawa bot itu meninggalkan Cox’s Bazar di Bangladesh, tempat tinggal kepada hampir sejuta pelarian Rohingya, 20 hari lalu, dengan 249 orang di dalamnya.

Mukhtaruddin menganggarkan terdapat antara 250 dan 260 pelarian di atas bot itu atau di pantai.

Tiga orang, termasuk Alam, memberikan pecahan penumpang yang berbeza tetapi semuanya berkata, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak berada di atas kapal.

“Ada ramai bayi, kanak-kanak kecil, tolong lindungi mereka, mereka sangat lapar kerana mereka tidak mendapat apa-apa,” kata Alam, 23.

Bot terbaru itu menjadikan jumlah ketibaan pelarian Rohingya di Indonesia kepada hampir 600, menurut angka yang diberikan oleh pegawai tempatan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here