Geram Perangai Sepasang Kekasih Suka Bergaduh, Lelaki Nekad Langgar Kereta

0
38
Foto: Majoriti

Kuala Lumpur: Berang dengan perbuatan sepasang kekasih yang membuat bising dan bertengkar di dalam rumah menyebabkan seorang lelaki bertindak luar kawalan apabila melanggar kenderaan pasangan terbabit di kawasan Brickfields di sini.

Difahamkan, rakaman yang menunjukkan kejadian itu turut tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, polis menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki berusia 40 tahun pada 22 April lalu.

Menurutnya, dalam kejadian berlaku jam 2.15 petang, pengadu dan teman wanitanya bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising.

“Suspek lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan kepada penyewa lain di rumah berkenaan berasa berang dengan pertengkaran pasangan itu.

“Perselisihan faham itu tidak terhenti di dalam rumah sebaliknya menyebabkan berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek yang memandu didapati dengan sengaja melanggar kenderaan pengadu yang keluar dari parkir.

“Kenderaan pengadu mengalami kerosakan teruk namun pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Ku Mashariman berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan menahan suspek di daerah ini pada jam 6.15 petang kelmarin.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dari 2014 dan masih dikehendaki bersabit kes jenayah di daerah Cheras.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula Rabu sehingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan tuduh.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here