‘Geng Jiva’ Tumpas, Empat Individu Ditahan

0
97

IPOH, 27 Oktober- Polis menumpaskan kumpulan samun bersenjata dikenali ‘Geng Jiva’ selepas menahan empat individu termasuk ketua kumpulan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, Ipoh pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan menerusi satu kenyataan berkata penahanan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan itu dipercayai dapat menyelesaikan 24 kes jenayah kekerasan dan 34 jenayah harta benda disyaki dilakukan kumpulan itu di sekitar Ipoh, Perak.

“Kita percaya telah melumpuhkan Geng Jiva yang dipercayai aktif menyamun di beberapa taman perumahan, selepas memberkas empat suspek termasuk ketua kumpulan berusia 26 hingga 35 tahun yang dikehendaki pihak polis.

“Geng Jiva melakukan jenayah samun bersenjata, pecah rumah serta mendatangkan kecederaan semasa menyamun di sekitar Ipoh khususnya di Taman Canning, Taman Ipoh Timur dan Bercham,”katanya dalam kenyataan tersebut.

Jelas Yahaya, ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek termasuk seorang wanita, positif dadah jenis methamphetamine dan keempat-empat suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah.

Yahya berkata kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here