Tuesday, October 8, 2024
HomeLUAR NEGARAGempa Bumi Jepun Sangat Teruk Sampai Daratan Bergerak

Gempa Bumi Jepun Sangat Teruk Sampai Daratan Bergerak

TOKYO – Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud  yang menggegarkan tengah Jepun kelmarin turut menyebabkan tanah di beberapa lokasi meningkat tinggi melebihi 4 meter dan condong lebih 1 meter, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Kiraan itu dibuat oleh rangkaian stesen GPS yang didirikan di titik-titik strategik di  seluruh Jepun.

Apabila gempa bumi melanda, saintis-saintis  boleh mengira pergerakan tanah secara tepat dan menunjukkan bagaimana landskap telah berubah dan beralih.

Berdasarkan kiraan sistem tersebut, daratan dikesan bergerak sehingga 130 sentimeter ke arah barat selepas gempa bumi kelmarin.

Tanah bergerak paling banyak di sebelah barat Semenanjung Noto, manakala dasar lautan di kawasan itu juga beralih. Bencana itu seterusnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi kira-kira 80 sentimeter.

Dalam masa sama, saintis-saintis  juga memantau Jepun dari angkasa lepas dengan membandingkan imej satelit yang dirakam sebelum dan selepas gempa bumi berlaku.

Kapal angkasa ALOS-2 melaporkan bahawa jarak antara kedudukannya dengan permukaan daratan semakin pendek disebabkan permukaan Bumi yang menaik selepas gegaran berlaku.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gangguan Bekalan Air: Beberapa Kawasan Di Ibu Kota Terjejas

0
Kuala Lumpur: Sebahagian kawasan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi dan dijangka pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari...

CATEGORIES