Thursday, April 25, 2024
HomeHIBURANGelang 'Xyloband' Coldplay Perlu Dipulangkan

Gelang ‘Xyloband’ Coldplay Perlu Dipulangkan

PETALING JAYA – Gelang bercahaya dikenali sebagai Xyloband yang dipakai peminat Coldplay pada konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi perlu dipulangkan semula.

Menerusi video-video dikongsikan peminat band popular dari Britain itu pada konsert jelajah Coldplay: Music of the Spheres World Tour, mereka diberikan gelang bercahaya Xyloband untuk dipakai sepanjang konsert tersebut.

Berdasarkan Kosmo, penggunaan Xyloband iaitu gelang tangan interaktif dengan lampu LED itu telah diprogramkan agar menyala pada waktu sama serta bersesuaian dengan efek cahaya dan ‘mood’ lagu yang dinyanyikan.

Menurut Kosmo, difahamkan, gelang-gelang Xyloband itu kemudiannya akan digunakan pada penganjuran konsert-konsert yang lain dan penonton perlu meninggalkannya di bekas yang disediakan sebelum meninggalkan stadium.

Sementara itu, memetik sebuah portal berita Indonesia, hanya 77 peratus gelang tersebut dikembalikan oleh peminat Coldplay selepas acara konsert yang berlangsung di Gelora Bung Karno, Senayan di Jakarta baru-baru ini.

Berdasarkan perbandingan sewaktu konsert Music Of The Spheres World Tour, Tokyo berada di kedudukan tertinggi dengan 97 peratus memulangkannya, Copenhagen (96 peratus), Buenos Aires (94 peratus), Kaohsiung (93 peratus), Gothenburg (85 peratus), Amsterdam (82 peratus) dan Berlin (80 peratus).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES