Monday, December 2, 2024
HomeLUAR NEGARAGaza Semakin Tenat, Internet Dan Komunikasi Terputus

Gaza Semakin Tenat, Internet Dan Komunikasi Terputus

GAZA CITY – Internet dan komunikasi di sebahagian besar kawasan di Genting Gaza terputus sama sekali ketika Israel memperhebatkan pengebomannya hari ini, lapor Sinar Harian.

Satu siri letupan besar yang berpanjangan menerangi langit di atas Bandar Gaza selepas malam Jumaat dan seorang wartawan Al Jazeera berkata utara Gaza sedang dihujani serangan udara dan artileri.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, ia telah terputus hubungan sepenuhnya dengan bilik gerakannya di Gaza dan semua pasukannya yang beroperasi di darat.

Menurut Sinar Harian, Israel mengesahkan serangan terbaharu di Gaza dengan jurucakap pasukan Pertahanan Israel (IDF), Israel Daniel Hagari berkata Israel telah meningkatkan serangan udara tentera daratnya telah “mengembangkan aktiviti mereka” di Gaza.

Hagari mengarahkan penduduk Gaza untuk bergerak ke selatan pada malam Jumaat, ketika serangan Israel yang semakin meningkat melanda kawasan itu, jelas Sinar Harian lagi.

“Dalam dua jam terakhir, kami dapat mendengar serangan udara intensif dan peluru artileri intensif pada masa yang sama, yang merupakan sesuatu yang luar biasa – yang bermaksud kekuatan tembakan itu lebih banyak daripada hari-hari sebelumnya,” kata Safwat Kahlout dari Al Jazeera, melaporkan dari Kota Gaza.

Sumber: Sinar Harian

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES