NEW DELHI, India – Seorang budak perempuan berumur 12 tahun di negeri Telagana bertindak menaiki sebuah bas selama 33 jam untuk mengelak daripada pulang ke asrama, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Gadis itu baru-baru ini menghabiskan cuti Krismas di rumah neneknya. Datuknya kemudian menghantarnya menaiki bas pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu.
Dia sepatutnya bertemu bapanya di Mancherial chowk, namun memutuskan untuk turun di pinggir bandar Karimnagar.
Selepas meniki beca ke sebuah perhentian bas di Karimnagar, dia meneruskan perjalanan menaiki bas ke Hyderabad.
Kehilangan gadis itu membuatkan bapanya bimbang. Polis kemudian melancarkan pencarian berpandukan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan media sosial.
Gadis itu ditemui selepas beberapa pasukan polis dihantar untuk mencarinya di stesen bas. Mereka mendapati gadis itu turun dii Nizamabad pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) Jumaat lalu.
Ketika soal siasat, dia didapati memanfaatkan peruntukan kerajaan yang membenarkan golongan wanita menaiki bas secara percuma.
Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, gadis itu bertemu semula dengan keluarganya.
Sumber: Kosmo