Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAGangguan Bekalan Air, 7 Wilayah Dijangka Pulih Khamis Ini

Gangguan Bekalan Air, 7 Wilayah Dijangka Pulih Khamis Ini

SHAH ALAM – Bekalan air di tujuh wilayah yang terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor (SSP1, SSP2, SSP3) dan LRA Rantau Panjang dijangka pulih sepenuhnya esok.

Menurut laporan Kosmo, henti tugas bagi kesemua LRA itu sejak semalam susulan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, setakat pukul 6 pagi tadi didapati status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas telah mencapai 67 peratus.

Katanya, secara pecahannya untuk Hulu Selangor mencapai 96.6 peratus, Kuala Selangor (85.9 peratus), Petaling (85.3 peratus).

“Shah Alam pula berada 75.7 peratus, Klang (75.6 peratus), Gombak (53.3 peratus) dan Kuala Lumpur (6.9 peratus).

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pukul 12 tengah malam, Khamis ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah susulan henti tugas sementara empat LRA di Sungai Selangor akibat pencemaran bau seakan diesel.

Kesemua LRA berkenaan bagaimanapun sudah mula kembali beroperasi pukul 4 pagi semalam.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

KWSP Distruktur Kepada Tiga Akaun Mulai 11 Mei

0
Kuala Lumpur: Mulai 11 Mei ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat Penstrukturan Semula Akaun bagi pencarum berusia 55 tahun ke bawah kepada...

CATEGORIES