Gadis Tak Sangka Dapat Jodoh, Ibu Promote Di ‘Aplikasi X’

230
930
Foto: Harian Metro

Cyberjaya: Inisiatif seorang ibu mencarikan jodoh untuk anak sulung perempuannya di aplikasi X membuahkan hasil apabila wanita itu kini sudah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati.

Saidatul Nabila Huda Che Usman, 26, bertemu suaminya Abang Haqimi Ariff Abang Hamdani, 29, selepas berkenalan di media sosial susulan ‘iklan’ dibuat ibunya, Malinda Anuar, 46, pada Mac tahun lalu.

Kisah Saidatul Nabila Huda dan Abang Haqimi Ariff yang berkahwin pada Februari lalu mendapat perhatian di TikTok selepas wanita itu mengakui bersyukur apabila menamatkan zaman bujang dengan usaha ‘gila’ ibunya.

Saidatul Nabila Huda yang mesra disapa Nabila Huda berkata, ibunya mendapatkan kebenarannya terlebih dahulu sebelum ‘mengiklankan’ pencarian jodoh untuknya.

Menurutnya, pada mulanya dia mengakui agak malu, namun reda.

Katanya, biarpun zaman sudah berubah, namun ibunya masih kekal berpegang seperti adat orang zaman dahulu yang suka anak perempuan berkahwin awal namun tidak pernah melarang dirinya bekerjaya selepas berumah tangga.

“Kalau diikutkan memang usia saya masih muda tetapi bagi ibu, saya sudah layak berkahwin. Tambahan pula ibu juga berkahwin di usia muda iaitu 19 tahun, malah dalam lingkungan kami boleh dikatakan ramai sepupu dan rakan sebaya sudah berkahwin serta mempunyai keluarga sendiri.

“Saya pula memang tiada rakan lelaki yang istimewa ketika itu dan setuju saja apabila ibu mahu mencarikan jodoh dengan memberikan kriteria lelaki pilihan kerana saya juga tiada akaun aplikasi X,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas perkongsian itu, dia menerima beberapa mesej perkenalan daripada lelaki di Instagram dan mengakui membalas sebahagian mesej seperti rakan biasa sebelum dua minggu kemudian menerima kiriman mesej suami.

“Kami hanya berkawan biasa sebelum menjadi rapat dan mula ada rasa selesa serta suka. Kami berkawan hampir lapan bulan sebelum berkahwin.

“Dan saya suka suami kerana dia ada usaha serta perancangan untuk berkahwin,” kata kerani bahagian pentadbiran di sektor swasta itu.

Mengenai perkongsian videonya di TikTok, baru-baru ini yang meraih 1.1 juta tontonan, Nabila Huda berkata, dia hanya mahu berkongsi pengalaman bertemu suami untuk dijadikan kenangan mereka yang disatukan melalui ‘blind date’.

“Saya sebenarnya tak sangka boleh bertemu jodoh melalui usaha seperti itu dan betullah yang jodoh kita adalah rahsia Allah SWT, kadang-kadang jodoh bukan berada di lingkungan kita sebaliknya yang kita tak sangka, boleh menjadi jodoh kita.

“Saya simpan tangkap layar ciapan ibu di aplikasi X dan mesej suami di Instagram sebagai kenangan,” katanya menetap di Persiaran Harmoni, di sini.

Terdahulu, perkongsian Nabila Huda mendapat lebih 1,400 komen netizen yang terhibur dengan cara ibunya mencarikan jodoh bagi pihak wanita itu.

Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi kisah mereka mencari jodoh atau dibantu mendapatkan jodoh dengan cara sama di aplikasi media sosial.

Sumber: Harian Metro

230 COMMENTS

  1. I’m no longer positive the place you are getting your info, however great topic.
    I needs to spend some time finding out much more or working out more.
    Thanks for fantastic information I was in search of this information for my mission.

  2. you are in reality a good webmaster. The site loading velocity is
    incredible. It sort of feels that you are doing any unique trick.
    In addition, The contents are masterwork. you have performed a wonderful process on this subject!

  3. You made some good points there. I checked on the internet for more information about the issue and
    found most people will go along with your views on this web site.

  4. Thanks for a marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you will be
    a great author. I will be sure to bookmark your blog and will eventually come back
    from now on. I want to encourage yourself to continue your great writing,
    have a nice holiday weekend!

  5. I really like your blog.. very nice colors & theme.
    Did you create this website yourself or did you
    hire someone to do it for you? Plz answer back as I’m looking
    to design my own blog and would like to know where u got this from.
    cheers

  6. Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wished
    to say that I have truly enjoyed browsing your blog posts.
    In any case I’ll be subscribing to your rss feed and I hope you
    write again soon!

  7. We are a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
    Your website provided us with valuable information to work on.
    You’ve done an impressive job and our entire community will be grateful to you.

  8. Great weblog right here! Additionally your site rather a lot up fast!
    What web host are you the usage of? Can I am getting your associate hyperlink to your host?
    I desire my website loaded up as fast as yours lol

  9. Right now it seems like BlogEngine is the top blogging platform available right now.
    (from what I’ve read) Is that what you are using on your
    blog?

  10. It’s remarkable to pay a visit this web site and reading the
    views of all friends regarding this piece of writing, while
    I am also keen of getting familiarity.

  11. It’s a shame you don’t have a donate button! I’d most certainly
    donate to this brilliant blog! I guess for now i’ll settle for book-marking and adding your RSS feed to my Google
    account. I look forward to fresh updates and will share this website with my Facebook
    group. Talk soon!

  12. Nice post. I was checking constantly this blog and I’m impressed!
    Very useful information particularly the last part 🙂 I care for
    such information much. I was seeking this particular information for a very long time.
    Thank you and good luck.

  13. Excellent blog you have got here.. It’s hard to find high-quality writing like yours these days.

    I seriously appreciate people like you! Take care!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here